"Aktiviti ini sudah lama dan diketahui pelbagai pihak termasuk agensi penguatkuasaan, namun tidak berjaya dibendung. Namun, biasanya status sebagai pemimpin atau individu ada kaitan dengan mereka membolehkan pihak terbabit mengelak tindakan berkenaan. Pesawat atau jet persendirian yang ada kaitan dengan pemimpin atau orang kenamaan dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk wang tunai dalam jumlah besar ke negara ini.